Dalam satu taklimat yang diadakan semalam, ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Christoph Mueller berkata, bermula 1hb Jun, daripada 20,000 kakitangan yang menerima surat penamatan perkhidmatan, hanya seramai 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya. Bagi pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 September. MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan oleh pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan. Proses penyusunan semula MAS itu disifatkan oleh beliau sebagai "pemulihan semula yang sukar'. Tegas beliau, model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017. Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos. - CARI Infonet
|
19
Bagus |
6
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.
ADVERTISEMENT