CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adakah Hubungan Cinta Kamu Sihat? Jom Baca

2-6-2015 12:42 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4195| Komen: 0

Oleh Fyruz

Sudah lama menjalani hubungan dengan pasangan kadang membuat seseorang menutup mata terhadap hal-hal yang sebenarnya terjadi dalam hubungan cinta itu. Alasannya mudah, mulai dari sudah terlalu cinta atau enggan mengaku ada yang salah.

Sebenarnya berapa lama waktu yang diambil untuk menjalin hubungan tiada kaitan dengan kualiti sesebuah pasangan yang romantik. Malah ada sahaja kes hubungan yang dijalin terlalu lama juga sebenarnya tidak sihat. Jadi pernah anda fikir tak? Hubungan yang kamu layari dengan pasangan ini  sebenarnya sihat ataupun tidak? Jom cek dulu tanda-tanda ini:


1. Kamu dan Dia Bersatu Bukan Kerana Takut Kesepian


Kamu dan dia tidak menjalani hubungan untuk sekadar “mengisi waktu” kerana sebelum ini waktu-waktu anda terbuang dengan tidak berbuat apa-apa. Jadi daripada anda solo, baik anda mencari pacar. Jika anda bercinta dengan alasan untuk mengelak kesepian, ternyata anda tidak menjalani sebuah hubungan itu dengan sihat. 


2. Hubungan Kalian Didasari Permikiran Rasional

Walaupun tiada jaminan yang boleh diberi hubungan yang rasional ini bakal berkekalan namun ia sememangnya suatu hubungan yang sihat. Anda dan pasangan tidak satu ke Barat satu ke Timur dalam membuat keputusan. Gaya hidup pun bersesuaian dan bertepatan antara satu sama lain. Hubungan yang sihat itu sebenarnya bukan hanya dengan mengikat hati masing-masing tetapi juga didasari dengan pemikiran yang sihat. Kadang-kadang jika cinta kita punya namun keputusan tidak boleh terima akal pun, tak best juga!

3. Anda dan Si Dia Bertengkar Dengan Sihat
Jika kamu dan pasangan tak pernah bertengkar, eh jangan cepat-cepat bangga tau. Itu sebenarnya petanda yang tak baik buat pasangan yang bercinta. Sesempurna macam mana pun pasangan, memang Tuhan ciptakan manusia dengan otak yang berbeza. Sepatutnya mesti ada konflik yang tak harus kalian hindari

Jika hubungan kamu dengan si dia bebas dari pertengkaran itu tandanya komunikasi kalian tidak bagus atau anda sememangnya jarang bercakap (masalah besar dalam hubungan berpasangan). Jadi jangan cepat mengalah dengan pasangan jika berlaku pertengkaran, cuba cari idea bagaimana bertengkar dengan sihat agar kamu dan si dia lebih memahami .

4. Anda dan Si Dia Bercinta Tapi Tak Hilang Kehidupan Peribadi

Jika kamu bercinta dan tetiba merasa anda kehilangan kehidupan peribadi, maka ada yang salah dalam hubungan yang kamu layari itu. Sebuah hubungan cinta yang sihat tidak akan mengambil bahagian penting yang telah lama ada didalam dirimu sebelum anda dan si dia bertemu. HUbungan cinta itu sebenarnya memberi warna baru dalam kehidupan bukan menukar warna dalam kehidupan.

Perhatikan adakah si dia menjadi satu-satunya teman baik anda sekarang? Anda masih meluangkan masa-masa bersama teman anda atau itu hanya kenangan? Adakah anda masih semangat mengejar mimpi dan hobi-hobi anda bersama sahabat? Kalau semua jawapannya tak anda harus segera melakukan perubahan sebelum ruang peribadi anda benar-benar lupus.

5. Tidak Ada Kekerasan

(foto: hipwee)


Apa yang LadyLista tekankan bukan sekadar kekerasan secara fizikal malah kekerasan emosi dan seksual yang tidak mudah dilihat dengan mata kasar. Hubungan yang sihat itu tentunya jauh dari segala bentuk kekerasan.

Pasangan yang memahami tak pernah sesekali mengejek penampilan anda, dia akan mengingatkan dengan baik perubahan penampilan anda. Jika benar anda merasa anda dikasari, keluarlah segera sebelum terlambat. -LadyLista.

28

Bagus
27

Marah
23

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.021505 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top