Rasa malas memang kadang kala menyerang bagaikan melumpuhKAN hari anda. Mahu tak mahu, untuk sesuap nasi perlu juga kamu melangkah ke tempat kerja. Pernah kan anda rasa sebegini? Sebenarnya apa penyebab malas untuk bekerja ini. 1. Konflik Tak dapat dielakkan sesuatu pekerjaan itu pastinya berhadapan dengan konflik. Rasa tak puas hati, hasad dengki, politik pejabat semuanya berhubung kait untuk menebalkan perasaan anda malas ke pejabat. Tapi cuba anda fikirkan balik, adakah selesai masalah jika anda elak konflik?
2. Kerja yang rutin Jika kerja yang anda lakukan sekarang merupakan pekerjaan yang rutin sememangnya ia sesuatu yang membosankan. Kadang-kala dengan menutup mata pun anda mampu melakukan kerja tersebut. JIka anda berada didalam frasa ini, cuba menyaring pekerjaan lain yang lebih mencabar serta kena dengan jiwa anda. 3. Tidak dihargai Mahu atau tidak, bukan anda kemaruk pujian, tetapi sebagai manusia, kita perlukan penghargaan sebagai penentu kualiti kerja yang dilakukan, jika tak pernah sekali anda dihargai walaupun dengan pelbagai cara anda lakukan untuk perbaiki diri, sudah sampai masanya anda perlu menukar cara anda berfikir. Pujilah diri sendiri. Jangan segan! 4. Gaji kurang anda kerja sebab besarnya adalah untuk duit, memang jaranglah orang kerja untuk saja-saja. Jadi jika anda merasakan gaji anda kurang dari apa yang sepatutnya anda perolehi, memang lah anda rasa malas,mengeluh untuk ke tempat kerja. Namun, kadang kala kita harus mencermin diri dahulu adakah kita telah memberikan selayaknya pada hasil kerja?. Jika jawapannya ya dan anda masih menerima gaji yang kurang. Jom tuka kerja.
|
ADVERTISEMENT