Foto oleh www.premierleague.comSelepas berunding dengan pemilik kelab itu dari Amerika Syarikat kelmarin, Brendan Rodgers (gambar) akan diberi satu lagi peluang untuk mengemudi Liverpool bagi kejuaraan pertama liga dalam tempoh lebih suku abad.
Menurut laporan AFP, Rodgers dan Werner bersetuju dengan ‘pelan komprehensif’ bagi memastikan prestasi meningkat musim depan pada mesyuarat kelmarin dan “kumpulan itu akan melangkah bersama.” Tekanan semakin memuncak buat Rodgers selepas turut terlepas tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dan kekalahan teruk 1-6 di tangan Stoke pada hari terakhir musim ini tidak membantunya terutama selepas berbelanja £110 juta (RM620 juta) hujung musim lalu.
Pengendali dari Ireland Utara berusia 42 tahun itu, yang gagal meraih sebarang trofi musim ini selepas hampir menjuarai Liga Perdana pada kempen terdahulu, bertemu pengerusi Tom Werner dan presiden Fenway Sports Group, Mike Gordon. Pembelian pertama musim ini mungkin akan disahkan minggu ini ketika pemain tengah England, James Milner dan penyerang Danny Ings kedua-duanya dikaitkan dengan perpindahan masing-masing dari Manchester City dan Burnley. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|