Oleh: CMFreporter2 Selepas Erra Fazira mengumumkan keputusannya untuk bertudung penuh, kini masyarakat menerima satu lagi khabar gembira daripada penyanyi dan pelakon genit, Amy Mastura.
Memetik laporan yang disampaikan dalam portal BH Online, hasrat Amy untuk mula bertudung adalah bermula semalam lagi. Hal itu diketahui menerusi Instagram jurusoleknya, Alha Alfa. "Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim. "Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal. "Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh," katanya menerusi portal BH Online.
Ternyata Amy Mastura kekal manis dan awet muda dengan mengenakan tudung sebagai persalinannya. Dan paling penting keputusannya ini adalah bukan kerana mengikut trend semasa artis wanita mengenakan tudung. Niatnya adalah untuk mengambil keberkatan bulan Ramadan yang bakal menjelma sedikit masa lagi. Tahniah atas keputusan tersebut dan semoga Amy terus istiqamah dan berjaya. - CARI Infonet Sumber Berita: Berita Harian |
17
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT