CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Pelari Marathon Berisiko Tinggi Mati Mendadak

5-6-2015 11:53 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2260| Komen: 0

sumber foto: www.adn.com


Seperti dipetik daripada Independent, pelari marathon dan semua jenis atlet harus menjalani pemeriksaan jantung untuk menghindari berlakunya kematian secara mengejut, baik sewaktu sesi latihan mahupun ketika bertanding.

Ini kerana doktor yang mengesan kecelaruan aturan detak jantung yang juga dikenali sebagai aritma pada vertikel kiri jantung pelari dan kanan sewaktu berehat menunjukkan tanda-tanda lemahnya keadaan jantung yang tidak boleh dikesan semasa pelari berlatih. Hal ini boleh mengakibatkan kematian secara mengejut.

Penemuan yang dijurnalkan dalam Europh Heart Journal dapat mengubah cara pemantauan atlet pada kebiasaanya. Terutama bagi mereka yang tergolong dalam kategori aritma, pemerhatian lanjut harus diberikan pada sisi sebelah kanan jantung ketika atlet sedang beristirehat.



Kematian secara mendadak tersebut berkemungkinan besar terjadi menjelang saat akhir marathon atau selepas berakhir sesi marathon. 

Untuk itu, doktor menyarankan pelari untuk tidak terlalu mengerahkan diri ketika berada di garisan akhir. -LadyLista

sumber: CNN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.038308 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top