Foto oleh malaysiaedition.net
"Cukuplah saya membimbing pasukan untuk tiga Sukan SEA," Begitulah luahan kekecewaan pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee selepas menyaksikan anak buahnya tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi ketiga Kumpulan B semalam. Kenyataan itu sudah cukup menggambarkan kekecewaan Kim Swee yang terpaksa menelan hakikat peluang mereka untuk ke separuh akhir kian tertutup. Meskipun berbaki dua perlawanan dengan Brunei dan Laos kerana hanya mengumpul tiga mata setakat ini hasil kemenangan 1-0 ke atas Timor Leste. Hanya keajaiban boleh berlaku untuk pasukan pilihan Thailand dan Vietnam keciciran banyak mata walaupun kedua-dua pasukan itu bakal bertemu sesama sendiri selepas ini. Selepas mengalami kekalahan terburuk dalam kariernya apabila tewas 1-5 di tangan Vietnam pada aksi perlawanan kedua kumpulan Selasa lalu,
Kim Swee terpaksa akur persiapan tiga bulan sebelum ke Singapura tidak cukup untuk mengulangi kejayaan di Indonesia pada 2011.
Dalam pada itu, beliau turut membayangkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya, namun masih belum pasti mengenai masa depannya. - CARI Infonet |
21
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
19
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT