Polis New York melakukan pencarian secara besar-besaran untuk dua pesalah yang berjaya melarikan diri dari penjara.
Kedua-dua penjenayah tersebut yang sel mereka bersebelahan meloloskan diri dengan cara membuat lubang dibelakang sel mereka selain sempat meninggalkan tulisan 'have a nice day' untuk pengawal penjara. Yang peliknya, kedua pesalah ini menggunakan alat gerudi elektrik bagi membuat lubang pada tembok paip pemanas. Jalan ini yang membuatkan mereka berhasil menembusi bahagian dalam terowong dalam penjara dan keluar melalui penutup lubang di jalanan. Sama seperti aksi didalam filem Shawshank Redemption, mereka berjaya mengaburi mata penjaga penjara dengan menggali lubang serta menggerudi tanpa mengetahuan ramai. Namun tidak diketahui berapa lama mereka sudah membuat rancangan untuk keluar.
Polis New York tidak menolak pembebasan mereka ada kaitan dengan bantuan dalaman dan polis giat menjalankan siasat lanjutan. Kedua-dua penjenayah tersebut sangat berbahaya kepada publik kerana jenayah yang mereka lakukan meliputi bunuh, rogol, rompakan dan rompakan bersenjata. -LadyLista. sumber foto: www.syracuse.com |
ADVERTISEMENT