Walaupun banyak kali orang mengaitkan gosip dengan sesuatu yang negatif atau tingkah laku yang tidak sihat tetapi kajian terbaru mengubah terus ingatan kita pada gosip ini. memang selalu tanpa sedar, gosip menimbulkan perasaan bersalah selepas anda bergosip mengenai rakan kerja atau kawan di belakang mereka. Walau bagaimanapun, hasil penelitian terdapat manfaat kepada otak iaitu gosip dapat membuatkan kita lebih akrab dengan teman, belajar menerima maklumat penting daripada orang yang kita percaya yang mampu membantu kita hidup lebih lama. "Semua ini adalah kemampuan komunikasi yang vital yang boleh mencegah manusia untuk mati cepat. Saya percaya ini adalah kemampuan paling penting untuk buat manusia tetap bertahan," kata Robin Dunbar, psikologi evolusi di Oxford University yang diambil dari Telegraph.
Jadi bagaimana gosip bantu dalam kesihatan manusia? 1. Ini kerana manusia memerlukan jaringan sosial untuk hidup. Jaringan sosial ini juga menjamin manusia meraih kebahagiaan 2. Bahasa. Bahasa membantu melancarkan jaringan tersebut untuk kekal bersosial. Selain bahasa, perlu juga meneruskan bahasa tetap berlangsung dan gosip memenuhi keperluan ini. 3. Gosip adalah pengembangan bahasa untuk memungkinkan manusia berkomunikasi dengan lebih baik. |
ADVERTISEMENT