CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahu Tak Pelancong Negara Mana Suka Curi Barangan Di Bilik Hotel?

15-6-2015 01:04 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 16558| Komen: 90|Original author: ultramantujuh


Oleh : TS Loo
Article diterbitkan : 15 Jun 2015


Ramai diantara kita pastinya gemar tinggal di hotel khususnya hotel-hotel yang mewah atau hotel yang bertaraf ‘bintang lima’. 

Selain perkhidmatan yang diberi amat istimewa, malah suasana persekitaran, makanan dan barangan dalam bilik yang diperuntukkan turut yang terbaik.  Ini kerana bayaran yang diberikan agak tinggi, jadi layanan yang disediakan haruslah setimpal dengan harganya. 


Namun apabila ‘ check out ‘ dari hotel, kebiasaannya kita semua mesti ada pengalaman mengambil sabun, shampoo atau jel mandi, malah lebih teruk lagi ada yang mengambil tuala mandi atau bantal untuk dibawa balik rumah. 


Baru-baru ini sekitar bulan Mac sehingga April, laman tempahan hotel antarabangsa iaitu Hotels.com telah membuat satu kaji selidik berhubung ‘trend pencuri hotel ‘ yang melibatkan seramai hampir 5000 pelancong dari 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.



Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.



Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah dari hotel penginapan.


Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.


Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong mengambil barangan mandian percuma di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: “Pihak hotel pun ‘malas’ periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka.” 

Berikut 10 Negara yang paling berkemungkinan mencuri barang dari bilik hotel :
1) Argentina 73 %
2) Singapura 71 %
3) Sepanyol 70 %
4) Jermen 68 %
5) Ireland 67 %
6) Rusia 59 %
7) Mexico 59 %
8) Italy 57 %
9) Jepun 56 %
10) Amerika Syarikat 53 %

- CARI INFONET
27

Bagus
30

Marah
27

Terkejut
40

Sedih
21

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (190 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 15-6-2015 12:36 PM
So. nmpk. dark. Side. org. nipporn
Quote tepisket.. 15-6-2015 12:39 PM
Eh? Sabun  shampoo nhn sikat tu memang utk customer kan?
Kalo y tu aku pon amik. Tapi xde la aku amik bantal ke, iron ke..
Quote Magika 15-6-2015 12:40 PM
tolong tuan tanah tambah berita



Singapore travellers prone to taking items from hotel rooms, says Hotels.com survey

SINGAPORE - Singapore travellers are prone to taking items from hotel rooms, according to a survey by travel search website Hotels.com.

In a worldwide poll of almost 5,000 travellers, 71 per cent of Singaporeans said that they have taken items - not including toiletries - from hotel rooms.

Singapore was placed second in a list of 28 countries most likely to indulge in hotel misappropriation.

Argentina topped the poll, with 73 per cent of respondents confessing to bagging items from hotels. Spain, Germany and Ireland rounded up the top five.

The most "honest" country was Colombia, with only 31 per cent of respondents admitting to taking items from their rooms.

The survey asked respondents if they had ever stolen items from hotel rooms, with the exclusion of toiletries as these are taken by everyone, said Hotels.com.

Common items taken by travellers included stationery and slippers.
Quote bellaa 15-6-2015 12:40 PM
suka ratah creamer..

dappp sangat!
Quote pearl.silver 15-6-2015 12:41 PM
definisi ambil barang hotel ni camne?
ambil towel,hanger,bantal,sudu cawan gitu ke?

atau ambil sabun syampu pengorek telinga tu?
Quote axl_bach 15-6-2015 12:43 PM
pearl.silver replied at 15-6-2015 12:41 PM
definisi ambil barang hotel ni camne?
ambil towel,hanger,bantal,sudu cawan gitu ke?


In a worldwide poll of almost 5,000 travellers, 71 per cent of Singaporeans said that they have taken items - not including toiletries - from hotel rooms.
Quote ilacantik 15-6-2015 12:43 PM
Apa brg yg boleh dan tak boleh di ambil dari bilik hotel? Dulu  zaman baru nak up, I selalu ambik shampoo n display kat my bathroom. Kira cam bangga byk botol2 shampoo hotel. Lama2 semua I lontar, buat semak jer. But 1 thing I cannot resist, the pen & pencils yg ada nama hotel. Memang I mintak from housekeeping, as souvenir.Tapi skrg byk hotel pakai pensel HB biasa, nak save cost kot.
Quote axl_bach 15-6-2015 12:44 PM
bellaa replied at 15-6-2015 12:40 PM
suka ratah creamer..

dappp sangat!

Yg tu mana kira,  tu mmg utk disental
Quote miss_kitab 15-6-2015 12:47 PM
depa igt depa byr semua depa leh angkut..hauk sgt minda depa
Quote dragger 15-6-2015 12:47 PM
biasa org rembat towel je.. yg ada cop hotel

Quote prettyuglybabe 15-6-2015 12:54 PM
gigihnya la nak angkut..
buat semak beg je
Quote mdhelmi 15-6-2015 12:59 PM
sbnrnya barang ape yg dibenarkan ambil dalam bilik hotel?
Quote reenz013 15-6-2015 01:01 PM
tidak ku sangka
Quote bellaa 15-6-2015 01:02 PM
axl_bach replied at 15-6-2015 12:44 PM
Yg tu mana kira,  tu mmg utk disental

sebuk arhhh Gronya Somerville










Quote Modngengade 15-6-2015 01:04 PM
@kak_sue   sepatah dua kata please
Quote bellaa 15-6-2015 01:05 PM
mdhelmi replied at 15-6-2015 12:59 PM
sbnrnya barang ape yg dibenarkan ambil dalam bilik hotel?

towel / hair blower / peti besi / mini fridge / blanket
Quote pearl.silver 15-6-2015 01:07 PM
axl_bach replied at 15-6-2015 12:43 PM
In a worldwide poll of almost 5,000 travellers, 71 per cent of Singaporeans said that they have ta ...

ooo..
untuk org2 yg amik brg dr hotel ni,adakah hotel akn caj denda si pelaku lepas tu?

i ni punye la jujur, mane sure xde barang bertambah or berkurang dr bilik tiap kali cek out..

Quote Kittie 15-6-2015 01:07 PM
Common items taken by travellers included stationery and slippers.


Logik gak sbnrnya sbb kat hotel2 kat byk negara mmg boleh ambik jer dua menda nih. Kite salu tanya front desk boleh ambik tak stationeries semer tuh, setakat nih semer kata boleh, mmg letak dlm bilik untuk diguna, salu derang siap kasi yg baru lagi sbb derang tahu setengah avid traveler mmg collector & ramai blogger gak, so nnti brg2 tuh masuk blog, free promotion lagi tuk hotel derang.
Quote pittjie 15-6-2015 01:10 PM
ada sesetengah hotel, slipper yg disediakan mmg tuk guest ambik terus. biasanya dia ada mention la kan.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063119 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top