Disediakan oleh Fyruz Biasalah, bulan puasa ini, banyak aktiviti yang kita bataskan sendiri untuk kekal cergas. Nak bercakap banyak pun haus, dan masa 'lunch' ramai daripada kita habiskan dengan tidur kerana tidur juga sememangnya mendapat pahala daripada bercakap tak tentu hala.
Jom lihat antara koleksi 'port' tidur orang Malaysia semasa berpuasa 1. Bawah meja Kebanyakan pejabat mempunyai ruang bawah meja yang rasanya sedap untuk dijadikan port untuk tidur. Ditambah dengan suhu hawa dingin dan suasana yang gelap. Jangan sampai berdengkur sudah.
2. Tidur di kerusi pejabat Ini biasa dilakukan, tak perlu tunggu bulan puasa, namun skill ini menyakitkan leher anda jika tiada sokongan. Ada pula siap buat kerusi tambahan untuk menjadikan keadaan lebih selesa. 3. Stor/ Bilik penyimpanan fail Untung pula syarikat kamu ada bilik stor tersorok. Gelap pula tu. Jarang-jarang orang masuk, memang sesuai dijadikan port untuk kamu tidur, jangan lupa bawa bantal kecik dan kain alas. Best! 4. Surau Ini memang tempat biasa, usai solat, langsung tidur ditikar sejadah. Kadang-kadang penuh orang tidur daripada bersolat. Diingatkan agar tidur anda tidak mengganggu ruang solat. Bertimbang rasa lah! 5. Tandas Dekat mana lagi kan, tempat paling sembunyi. Untuk kamu yang mengantuk sangat dan tak kesah dengan bau, tandas boleh kamu fikirkan tempat untuk pejam mata dan beristirehat. Lebih senang untuk tandas jenis duduk, kerana dengan hanya menutup penutup tandas itu, anda boleh tidur.
|
ADVERTISEMENT