|
Syarat yang diletakkan stesen televisyen untuk pengambilan pelakon sejuta pengikut di laman sosial masih menjadi topik bualan banyak pihak termasuk pelakon Mustaqim Bahadon.
Menurut Mustaqim, pihak stesen televisyen mungkin mempunyai sebab tersendiri mengambil pelakon mempunyai ramai pengikut terutamanya dalam aspek mempromosikan drama berkenaan di laman sosial mereka. Namun begitu, dia mempersoalkan sama ada strategi tersebut benar-benar berkesan meraih rating tinggi dalam sesebuah drama yang disiarkan. "Saya setuju dengan kehendak stesen TV yang meletakkan syarat pelakon memiliki sejuta pengikut di laman sosial menghiasi drama atau projek.
"Saya pun akur dengan kehendak tersebut. Bagi saya, mungkin jutaan pengikut di media sosial akan membantu mempromosikan sesuatu karya itu. "Tapi sejauh mana keberkesanan terhadap sesebuah cerita? Adakah penonton nak tengok pelakon jutaan pengikut atau jalan cerita?" kata Mustaqim kepada mStar.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.191082 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.