CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scammer Salah Guna Video Iklan Lakonan, Noorkhiriah Beri Amaran

22-10-2021 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1317| Komen: 4

Bimbang orang ramai akan terpedaya dengan penipuan sebuah syarikat saham, pelakon Noorkhiriah mengeluarkan amaran selepas video iklan lakonannya digunakan tanpa kebenaran syarikat terbabit.


Noorkhiriah atau nama sebenarnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, mengeluarkan amaran tersebut menerusi satu hantaran di Instagramnya malam tadi.

“Assalamualaikum. Maaf, saya tiada kena mengena dengan saham itu. Saya berlakon sahaja, selebihnya saya tidak tahu. Andai rasa macam ditipu jangan teruskan.

“Mana ada dengan mudah orang senang-senang bagi duit. Hati-hati semua. #scamalert,” tulis Noorkhiriah dalam hantaran di Instagram.



Pelakon drama Nur itu memuat naik hantaran berkenaan selepas menerima banyak pertanyaan orang ramai tentang syarikat saham tersebut.

“Tiada jalan mudah untuk kaya, hati-hati. Penat nak jawab maka baca sebelum akak delete (padam). #scamalert,” tulisnya pada hantaran yang telah pun dipadamkan daripada akaun Instagramnya.

Difahamkan Noorkhiriah hanya berlakon dalam sebuah iklan sebuah syarikat latihan dan bimbingan saham, WR Trader Academy.

Namun begitu, iklan tersebut telah dicuri dan digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat saham yang bernama Vanguard Investment.


Foto: IG

“Sila ambil perhatian, entity LLI Management atau Vanguard Investment didapati telah mencuri iklan WR Trader Academy (Nookhiriah) tanpa kebenaran kami.

“Syarikat ini didapati menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram. Ingin ditegaskan, WR Trader Academy tidak pernah mengambil deposit untuk tujuan pelaburan.

“Kami adalah sebuah entiti pendidikan dan semua pelaburan haruslah dilakukan peserta secara terus ke Bursa Malaysia. Kami tidak mengenali dan langsung tiada kaitan dengan pihak berkenaan,” kata WR Trade Academy dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu diingatkan agar orang ramai tidak terlibat dengan pelaburan haram kerana segala kerugian dan kehilangan yang berlaku adalah di atas tanggungjawab sendiri. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 23-10-2021 10:58 AM
alaa..takde orang komen ke
Quote mojarean_X 23-10-2021 11:03 PM
ayukpingu replied at 23-10-2021 10:58 AM
alaa..takde orang komen ke

Ok. Saya komen.
Quote ctcheery 24-10-2021 10:55 PM
Hi..Sy nak Komen, happy Dan Suka dgn akak Noorkhiriah skrang
Quote -Suri- 25-10-2021 12:01 AM
Ok, saya pun komen

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.202907 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top