Satu lagi dadah sintetik baharu dikenali sebagai ‘Bombe’ mula digunakan secara meluas di Republik Demokratik Congo.
Dadah dalam bentuk serbuk berwarna perang dibuat menggunakan penapis ekzos kereta yang dicampur dengan pelbagai ubatan termasuk pil tidur itu akan menyebabkan mereka yang mengambilnya ‘boleh tertidur sambil berdiri selama beberapa jam’. Pada Ogos lalu, polis Congo melakukan operasi secara besar-besaran dan menahan hampir 100 pengedar dan pengguna Bombe. Dalam bahasa Lingala, Bombe bermaksud ‘berkuasa’.
Seorang pengedar dadah yang ditahan, Cedrick memberitahu Reuters, Bombe tidak akan menyebabkan mereka yang mengambilnya bertindak luar kawal seperti minuman beralkohol. “Bombe menjadikan kami lebih tenang, malah kami boleh duduk atau berdiri selama berjam-jam tanpa rasa penat dan yang penting kami tidak ganggu orang,” katanya. Sementara itu, Pengarah Persekutuan Pencegahan Dadah Congo, Dandy Yela Y’Olemba memaklumkan, pihaknya masih menyiasat bagaimana dadah itu berfungsi dan kesannya bagi jangka panjang. Sumber: Utusan
|
KamikuP replied at 25-10-2021 01:26 PM
Dahsyat penangan dadah la bombe nih bole tidur sambil berdiri takyah tido atas tilam dah
ADVERTISEMENT