CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ada Cubaan Rasuah RM14 Juta Untuk Bebaskan Anak Shah Rukh Khan?

25-10-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5291| Komen: 41

Saksi bebas Biro Kawalan Narkotik (NCB) kes dadah melibatkan Aryan Khan iaitu Prabhakar Raghoji Sail mendakwa terdapat cubaan rasuah bagi membebaskan anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan itu.


Prabhakar Sail yang juga saksi utama kes berkenaan mendakwa Pengarah Zon NCB, Sameer Wankhede dan beberapa yang lain menuntut bayaran sebanyak Rs 25 crore iaitu hampir RM14 juta daripada aktor berkenaan.


Kredit foto: ZEE5

Bagaimanapun, pegawai kanan NCB itu menafikan tuduhan berkenaan dan menganggap ia sebagai palsu dan berniat jahat, lapor The New Indian Express.

Prabhakar Sail turut memberikan mesej video dan afidavit yang mendakwa selepas penahanan Aryan Khan, dia terdengar panggilan telefon yang dibuat kepada pengurus aktor itu yang menuntut wang berkenaan.


Sail juga merupakan pengawal peribadi KP Gosavi, salah seorang saksi bebas yang selfie dengan Aryan Khan menjadi viral.

Menerusi afidavit berkenaan, Sail juga mendakwa dia melihat pengurus Shah Rukh Khan, Pooja Dadlani bercakap dengan KP Gosavi di dalam kereta.

Selepas pertemuan itu, Gosavi menyuruhnya pergi ke lokasi dan mengambil wang tunai Rs 50 lakh.

Sail mendakwa seseorang yang memakai Innova berwarna putih memberinya dua beg berisi wang tunai yang dibawa ke Gosavi. Dia menambah bahawa dia kemudian melihat Gosavi mengemas begnya dan pergi.


Kredit foto: Press Trust of India

"KP Gosavi hilang dan sekarang saya takut pegawai NCB dan orang lain yang terlibat boleh membunuh saya atau menculik saya seperti KP Gosavi. Seperti yang dilihat dalam kes-kes besar, saksi sering dibunuh atau dibawa pergi dan oleh itu saya ingin menyatakan yang sebenarnya,” kata Sail dalam afidavit itu.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 25-10-2021 11:57 AM
So sebenarnya apa hukum setimpal untuk dak Aryan berdasarkan undang2 yindia sana
Quote salimrock 25-10-2021 12:19 PM
Deepavali yg suram utk SRK sekeluarga...


dgr kata SRK gula pn tak ambil , sebab diet, anak dia semua sebat,


Quote ilacantik 25-10-2021 12:27 PM
Baguslah terciduk awal drpd terus bergelumang dgn dadah. Meols notice, anak2 hero filem dunia ni byk yg tak menjadi. Childhood mesti tak happy. Antaranya anak Jackie chan yg jadi junkie jugak, anak will Smith,
And skrg anak srk. Kaya tapi jiwa kosong.
Quote CiliPadiSedap 25-10-2021 12:34 PM
naina replied at 25-10-2021 11:57 AM
So sebenarnya apa hukum setimpal untuk dak Aryan berdasarkan undang2 yindia sana

makan maruku perisa cheese tiga warehouse
Quote ekselen 25-10-2021 12:40 PM
Muka aryan ni sebijik kopiket muka srk...cuma kulit aryan cerah je... Sian la srk ni anak2 dia yg besar ni bermslh... Yg perempuan plk asik tayang body je... Mungkin sbb hidup sbg anak superstar...xdpt nk dikawal sepenuhnya sbb lifestyle yg sentiasa dipenuhi sosialit...
Quote Punat_button 25-10-2021 12:43 PM
tangan siapa atas bahu papa tu?
Quote Punat_button 25-10-2021 12:53 PM
ilacantik replied at 25-10-2021 12:27 PM
Baguslah terciduk awal drpd terus bergelumang dgn dadah. Meols notice, anak2 hero filem dunia ni byk ...

konfidennya uols kata hidup dia tak happy

berjimba atas kapal mewah mabuk2 dadah mahal nikmat apa lagi yang kamu dustakan?


Quote akusukaq 25-10-2021 12:56 PM
Edited by akusukaq at 25-10-2021 12:57 PM
ilacantik replied at 25-10-2021 12:27 PM
Baguslah terciduk awal drpd terus bergelumang dgn dadah. Meols notice, anak2 hero filem dunia ni byk ...


Ada kah kerna income tak berkat ? mcm  kata ustat aku  lah....



Quote tukul 25-10-2021 12:57 PM
salimrock replied at 25-10-2021 12:19 PM
Deepavali yg suram utk SRK sekeluarga...



Spoil brat betul dak aryan ni ye....
Quote kelapaparut 25-10-2021 12:58 PM
Edited by kelapaparut at 25-10-2021 01:01 PM
Punat_button replied at 25-10-2021 12:43 PM
tangan siapa atas bahu papa tu?


tangan c aryan tu la tp knp kdudukan nye berbeza atau pun.mmg tgn dia tp die berposing heyyy nyahh sbb tu tgn tnaik ke atas lunyai2 gitew
Quote edayildiz 25-10-2021 01:01 PM
oh srk sambut deepavali jgk la kan..syg pulak ank dia herlokk jgk..mesti srk manjakan sgt ni zaman kecik
Quote nakkomenjugak 25-10-2021 01:26 PM
Tunggu AbRam buat hal jahhh besar nanti
Harap budak tu menjadik laa
Abe kaka masing2 nak kelaut
Quote cmf_premierleag 25-10-2021 01:50 PM
priyanka chopra mesti tgh gelak guling2 kt sarukan dan gauri
anak jd taik dadah
Quote Suchi 25-10-2021 02:24 PM
salimrock replied at 25-10-2021 12:19 PM
Deepavali yg suram utk SRK sekeluarga...



Deepavali amendanyaa dia tu muslem ke tak berapa nak muslem?
Quote Suchi 25-10-2021 02:25 PM
Kat fb asik lalu lalang page2 support pemeli ni penuh laa gmbar depa anak beranak ni.
Quote kechikchomel 25-10-2021 02:27 PM
kelapaparut replied at 25-10-2021 12:58 PM
tangan c aryan tu la tp knp kdudukan nye berbeza  atau pun.mmg tgn dia tp die berposing heyy ...

tangan org lain kot? tengok gambar macam di crop aje
Quote naina 25-10-2021 02:52 PM
cmf_premierleag replied at 25-10-2021 01:50 PM
priyanka chopra mesti tgh gelak guling2 kt sarukan dan gauri
anak jd taik dadah

Priyanka Chopra tu sangatlah jelita
Body pun lawa
I terpesona tengok she dalam cerita yang dia jadi tomoi tu. Tak ingat tajuk
Quote pekanwoohoo 25-10-2021 03:04 PM
naina replied at 25-10-2021 02:52 PM
Priyanka Chopra tu sangatlah jelita
Body pun lawa
I terpesona tengok she dalam cerita yang dia ja ...

Tapi tak boleh lawan Rani Mukherjee. Suara dia tu seksi.
Quote tikusmontok 25-10-2021 03:09 PM
cmf_premierleag replied at 25-10-2021 01:50 PM
priyanka chopra mesti tgh gelak guling2 kt sarukan dan gauri
anak jd taik dadah

Kenapa lak gelak guling? Dia penah usha sarukh ke? Pencerahan please

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top