|
Seorang ibu bukan sahaja tidak berhati perut mengunci mulut berhubung kejadian rogol yang menimpa anaknya. Lebih menyedihkan, dia tergamak meminta telefon pintar Iphone 11 daripada suspek yang juga kekasihnya.
Lapor Tribunnews, mangsa dikenali sebagai AM diperkosa teman lelaki ibunya ketika wanita itu pergi bekerja pada 2 Ogos lalu. Pembantu peguam, Luqman Sulaiman berkata, lelaki itu memasuki rumah tersebut ketika mangsa tidur di dalam biliknya. Jelasnya, mangsa tinggal bersama ibunya di Medan Polonia selepas wanita itu bercerai dengan suaminya.
Walaupun mangsa mengadu mengenai kejadian kepada ibunya, namun wanita itu hanya berdiam diri. Malah, peristiwa hitam itu berlaku buat kali kedua pada 20 Ogos lalu. Mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah di Kota Medan tidak berupaya melawan suspek yang berbadan besar. “Tidak tahan dengan perlakuan lelaki tersebut, AM memberitahu kejadian itu kepada bapa kandungnya. “Bapa mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Medan,” katanya. Sumber: Utusan
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.111874 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.