|
Riau: Seorang lelaki berusia 21 tahun nekad membunuh bakal bapa mentuanya, gara-gara niat hatinya untuk melamar anak perempuan mangsa ditolak.
Lapor Kompas.com, kejadian maut itu berlaku di sebuah rumah di Rokan Hulu, Riau, Sabtu lalu. Niko Tampubolon nekad membunuh Pangolop Gultom, 51, selepas berlaku pertengkaran antara mereka berhubung lamaran tersebut. Mangsa berusaha menyelamatkan diri sebelum terus dikejar hingga akhirnya dibunuh dengan alat penyodok sawit sepanjang empat meter.
Susulan itu, penduduk berang dengan tindakan pelaku dan memukulnya sehingga berlumuran darah, sebelum diserahkan kepada pihak polis. Ketua Polis Rokan Hulu, Eko Wimpiyanto mengesahkan kejadian bunuh tersebut dan pihaknya merampas bahan bukti yang digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan termasuk seluar mangsa yang dipenuhi darah. -CARI |
Jitu: Edited by Jitu at 3-11-2021 0 ...
edayildiz replied at 3-11-2021 06:53 PM
menantu hantu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.