CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kad Raya Syafiqa: Filem Pendek Meruntun Jiwa

22-6-2015 12:10 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 15726| Komen: 60

Oleh Adib Za

Menjelang Syawal, maka banyaklah iklan mahupun filem pendek yang ditayangkan dengan membawa mesej tertentu. Yang pastinya ia lazimnya digarap dengan cara menyentuh dan meruntun jiwa para penonton. 


Tidak terkecuali filem pendek yang satu ini, Kad Raya Syafiqa antara terawal dipromosikan sempena bulan Ramadan dan Syawal ini. Diterbitkan oleh syarikat penerbitan, PTS Media Group, ia ditunjangi oleh pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis.

Filem yang diarahkan oleh Khairul Azwan ini telah dimuat naik di laman Youtube dan juga Facebook milik PTS, kini mula menjadi viral di kalangan netizen dan peminat dunia seni tanah air.


Lakonan mantap Puteri Balqis tidak dapat dipertikaikan lagi, membawa watak dan penghayatan yang sangat cemerlang.

Gabungan mesej dan lakonan berkualiti inilah yang dikatakan sebagai punca filem pendek ini menjadi bualan hangat di kalangan ramai orang.

Meskipun baru sahaja dimuat naik namun ia terus melekat di hati masyarakat dan membuatkan ramai yang menitiskan air mata.

Video berdurasi 11.11 minit itu turut disertakan dengan intro berbunyi, "Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka. Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu. Pulanglah."


Ingin mengetahui jalan ceritanya? Jangan lupa menonton filem pendek ini ya. - CARI Infonet.
17

Bagus
8

Marah
21

Terkejut
13

Sedih
28

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 22-6-2015 10:05 AM
Asyik budak jer ni.. Dah naik jemu.. Mmg pndai berlakon tpi klau selalu sgt dan watakpun lbh kurang sama..
Quote tomet05 22-6-2015 10:10 AM
tisu x jumpa .. kikiki
Quote zuliana29 22-6-2015 10:33 AM
sedih la jgk...
Quote CrowneGlory 22-6-2015 10:41 AM
Mia mana.... Dah besar terus tenggelam.. Xper la aqish take over habis2an... Takut senasib pulak dgn mia nanti...
Quote Lorra2411 22-6-2015 10:48 AM
bergenang jugaklah air mata
Quote missDollie 22-6-2015 11:03 AM
alamak..cam trying too hard je..kalau iklan thailand kejap je meresap jiwa..
Quote Madel 22-6-2015 11:29 AM
Pelik sungguh kt msia ni..org hari raya nak happy2..tapi yg aku nampk semua iklan sedih menangis meratap pilu..
Quote bottombikini 22-6-2015 11:55 AM
CrowneGlory replied at 22-6-2015 10:41 AM
Mia mana.... Dah besar terus tenggelam.. Xper la aqish take over habis2an... Takut senasib pulak dgn ...

mia tu harap comel je...pastu kecik2 dah pandai mendiva pulak
Quote sepitsiput 22-6-2015 11:56 AM
puteri balqis ? so yesterday.... skrg meols support Wafiy okeh...budak ni belakon kelakar dan over tp comel ..smlm blakon watak utama cerita Adik Tak Tipu...best sgt go wafi go! aunty gojes siput owes support chuols!
Quote enchikfitz 22-6-2015 12:01 PM
sepitsiput replied at 22-6-2015 11:56 AM
puteri balqis ? so yesterday.... skrg meols support Wafiy okeh...budak ni belakon kelakar dan over t ...

Kan kaka sepit? Budak wafi tu best betul actingnya. Drama semalam mmg best! Family meols gelak je tgk gelagat giler2 family dia. Hahahaha. Cuma x boleh hadam dia pegang watak budak darjah satu, tapi suara ala2 nak akil baligh gitu.
Quote mdmvava 22-6-2015 12:20 PM
sedih jugakla walaupon aku ni jumpa mak selalu..
Quote mdmvava 22-6-2015 12:21 PM
sedih jugakla walaupon aku ni jumpa mak selalu..
Quote senahsanasini 22-6-2015 12:46 PM
xde mase aku nak nanges diramadhan. tkot tertelan ayor mataaa
Quote sixret 22-6-2015 01:03 PM
sepitsiput replied at 22-6-2015 11:56 AM
puteri balqis ? so yesterday.... skrg meols support Wafiy okeh...budak ni belakon kelakar dan over t ...

Kan kaka. Lepas dah 5 tahun kang sama je nasib wafiy cam puteri balqis. ;)
Quote de_ikea 22-6-2015 01:08 PM
sepitsiput replied at 22-6-2015 11:56 AM
puteri balqis ? so yesterday.... skrg meols support Wafiy okeh...budak ni belakon kelakar dan over t ...

Wafiy sgt talented. Mcm2. Terserlah masa rancangan ala-ala malaysian got talent versi rtm. Pastu buat hosting lah, menarilah. Cute
Quote kupuku 22-6-2015 01:13 PM
alahai korg ni

semua pon xbetul
xyah kondem sgt la
enjoy2 sudah tgk video ni

Quote pearl.silver 22-6-2015 01:16 PM
adik maggi xnk berlakon drama ke...

jemu plak tgk muka die dlm iklan..
kadang2 berderet2 iklan muka dia je..

Quote maxim 22-6-2015 01:17 PM
npe aku x sedih pn
Quote weirdwaniey 22-6-2015 01:36 PM
Aku da bosan dgn si baqis ni sbb mcm over sgt lakonannya sbg kanak2. Aku xsuka sgt klu kanak2 blakon jd tlebih pandai. Kanak2 shud be mcm kanak2. Ini, kkdg cm tak logik, bebudak besar tu leh lontarkan dialog cm org3 dewasa. Rtu tgk si balqis ni blakon jd kanak2 terencat. Meluat plak aku tgk. Jd anak emma dlm drama amende tah,pn aku xsuka sbb aku rse dia ni tlebih matang so nk downgrade diri dia jd kanak2 tu jd tak real.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060371 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top