|
Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku nikah di Yogyakarta dan Jambi dicuri dalam tempoh sebulan lalu.
Pengarah KUA, Muhammad Adib berkata, satu daripada motif utama kejadian itu adalah untuk dijual kepada sindiket yang melakukan perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah. Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting untuk melaporkan jumlah kehilangan dan nombor pendaftaran buku nikah ke Kementerian Agama. Katanya, kementerian akan menyimpan data buku nikah yang dicuri bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Laporkan hal itu ke polis, catat berapa buku nikah yang hilang mengikut nombor pendaftaran dan kemudian maklumkan kepada Pejabat KUA. “Selepas aduan dan laporan diproses, buku nikah itu akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan,” katanya. Dalam pada itu, Adib menjelaskan, nombor pendaftaran pada buku nikah digunakan untuk mengelak pemalsuan. Katanya, setiap buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan. -CARI Sumber: Utusan Online
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.229127 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.