|
Tahun ini ramai selebriti tanah air naik pelamin dan menimang cahaya mata. Namun, kini yang menjadi perhatian pastinya pengacara terkenal, Neelofa, 32, dan pelakon, Intan Ladyana, 39.
Dua selebriti ini mengambil pendekatan 'mengunci mulut' berhubung spekulasi mereka dikatakan hamil, meskipun foto masing-masing tular dan bertebaran di media sosial. Neelofa bagaimanapun dalam temubual bersama media pernah memaklumkan dia sangat menghargai segala doa yang baik-baik diberikan ramai orang buatnya. Malah, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini menyifatkan perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan.
"Kalau saya boleh berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata, lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan. "Saya nak cakap lebih pun takut. Cuma, saya perlukan doa yang baik dan kata-kata yang positif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah," katanya yang ditemui media baru-baru ini.
|







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.235371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.