|
Seorang wanita yang sedang hamil anak kedua di Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampungnya, lapor laman berita Suara.com.
Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww menjadi tular di media sosial. Malah, dalam klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka. “Mengidam anak kedua, mahu jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video itu.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan. “Asalkan jangan menidam untuk ganti suami ya puan,” komen seorang netizen. “Akhirnya anaknya boleh menghadiri majlis pernikahan kedua orang tuanya,” komen seorang netizen lain. Video tersebut sehingga kini sudah ditonton sebanyak 2.2 juta kali dan memperoleh lebih 212,000 tanda suka. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053845 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.