|
Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia memiliki sejenis ketagihan pelik iaitu meminum air kecilnya sendiri, lapor akhbar Daily Star.
Carrie, 53, percaya bahawa tindakan itu boleh mengubati penyakit kanser yang dihidapnya. Ketagihan meminum air kencingnya bermula ketika Carrie disahkan menghidap kanser kulit dan menjalani kemoterapi. Dia memilih untuk mencari rawatan alternatif lain dengan meminum air kencingnya sendiri. Menurut Carrie, dia boleh minum sehingga lima gelas air kecilnya sehari dan amat suka akan rasanya.
“Saya suka air kencing yang panas, rasanya amat menenangkan,” katanya. Jelas Carrie, rasa air kencingnya berbeza-beza, bergantung kepada makanan yang dimakannya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049470 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.