|
Setiap penyanyi pastinya mempunyai tips atau petua tersendiri bagi memastikan mutu vokal kekal terjaga. Sama juga halnya dengan penyanyi terkenal Ramlah Ram yang mendedahkan tidak mengambil sebarang minuman berais dan berkarbonat demi menjaga kualiti suaranya.
Perkongsian petua tersebut tercetus selepas ramai yang bertanya bagaimana dia mengekalkan mutu vokal walaupun kini sudah berusia 56 tahun. “Sebenarnya bukanlah petua luar biasa pun, saya cuma mengelak daripada mengambil air berais dan minuman berkarbonat. “Alhamdulillah, petua tersebut masih saya amalkan selepas lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis resepsi Haqiem Rusli dan Aina Sofea di Cyberjaya malam kelmarin.
|


TerataiMelur02 replied at 22-11-2021 11:39 PM
Bagus la ada jugak bakat acik ram. Daripada anak sedara dia c dozah tu takde sumbangan langsung dala ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.640528 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.