Pengacara Fiza Saad atau lebih mesra disapa Fiza Frizzy, 33, yang selamat melahirkan anak keduanya enam bulan lalu mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Menurut pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya untuk membuat ujian kehamilan. “Saya baru sahaja melahirkan anak kedua, Mohd Fahad Syamel yang kini berusia enam bulan. Seperti wanita lain yang baru melahirkan, sudah pasti semuanya ingin kembali ke bentuk asal dan pasang badan semula. “Apabila pergi ke gimnasium, bahagian badan lain semua menunjukkan perubahan, tetapi saya hairan kerana perut tak mengecil? Akhirnya saya ke sesi fitting baju dan dia bertanya mengenai bentuk perut saya. “Dia meminta saya membuat ujian kehamilan. Saya buat kelmarin dan syukur Alhamdulillah, saya hamil. Saya masih belum pasti usia kehamilan, mungkin baru empat atau lima minggu. Selepas ini saya akan buat pemeriksaan lanjut apabila berjumpa doktor,” katanya. Biarpun agak terkejut apabila mendapat tahu jarak kehamilan agak dekat, Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli tetap bersyukur dan gembira. “Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah nak bagi lepas beberapa bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insya-Allah. “Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Kalau nak tahu, sebelum kami dapat mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur Alhamdulillah, kami rasakan kami menumpang rezeki anak. “Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur,” katanya. Fiza bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya yang juga bekas pemain bola sepak Kuantan FA, Fazli Zulkifli, 39, pada 18 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Faeeq dan Mohd Syamel. - CARI |
babelina: cousin aku..3ank berderet.. bt ...
Rajawali: dah menutuh tak mau mau,buat b ...
Rajawali: dah menutuh tak mau mau,buat buat terkejut pregnant pulak...pungkoq
Belibis replied at 29-11-2021 05:25 PM
Petua nak cepat hamil..suami rajin,isteri pemurah..
pinkzara replied at 26-1-2022 01:11 PM
Tak jugak. I tak pemurah sgt. dan tak suka budak. Allah uji dgn bagi anak berderet.. takde la beng ...
pinkzara replied at 26-1-2022 01:11 PM
Tak jugak. I tak pemurah sgt. dan tak suka budak. Allah uji dgn bagi anak berderet.. takde la beng ...
bottombikini replied at 30-1-2022 02:45 PM
iols fikir iols je manusia yg tak suka budak dalam dunia ni
ada juga yg camni rupanya ya
ADVERTISEMENT