|
Beijing: Seorang wanita berusia 23 tahun di Hunan, China mengakui tidak sanggup menceraikan suaminya meskipun menjadi mangsa keganasan rumah tangga hanya kerana pasangannya disifatkan ‘terlalu tampan’.
Lapor Chinapress.com, wanita dikenali sebagai Li menjadi mangsa dera suaminya dan ditemukan menangis di tepi jalan oleh orang ramai, baru-baru ini. Dilaporkan, rumah tangga mereka sudah bermasalah dan Li sering dipukul oleh suaminya sejak tiga tahun lalu. Menurut Li, pada mulanya, dia bertemu dengan suaminya melalui seorang kenalan kepada rakannya.
Katanya, mereka berdua tertarik dengan penampilan masing-masing dalam pertemuan kali pertama sebelum berkahwin dua bulan kemudian dan sering bertengkar. “Pada mulanya, kami hanya melemparkan kata-kata kesat antara satu sama lain tetapi saya tidak menyangka lama-kelamaan dia berani naik tangan pada saya,” katanya. Li beritahu, saudara mara dan ramai rakannya pernah menasihatinya untuk bercerai namun dia tidak sanggup melepaskan pasangannya. “Antara sebabnya adalah kerana suami saya merupakan cinta pertama, jadi saya tidak mahu berputus asa dengan rumah tangga saya. “Selain itu, suami saya terlalu tampan dan jika saya bercerai dengannya, susah untuk mencari lelaki kacak selepas ini,” katanya. – CARI Sumber" Utusan Online
|

Samerosie: Bukan dah ada ke thread ni yg ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.587346 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.