|
Ketika ramai pelakon senior bersuara mempertikai kewajaran syarat pengikut sejuta sebelum diterima berlakon, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman tidak melihat ia sebagai satu isu besar.
Ujar Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 23, adalah wajar pihak produksi meletakkan syarat tersebut yang menurutnya boleh memberikan rating yang tinggi kepada karya mereka. "Bagi saya produksi yang mengetengahkan followers sebagai syarat utama tu... mereka tak salah, setiap penerbit ada perspektif untuk karya mereka. "Setiap penerbit nak followers banyak kerana boleh beri pengaruh dan akan memberi bantuan kepada mereka untuk raih ramai penonton.
"Tapi saya tak ada la rasa tercabar sangat sebab saya percaya pada rezeki masing-masing," katanya kepada mStar.
|
yihhhh...
gideoncross replied at 6-12-2021 01:09 PM
Hamboi, jawline ko dekkkk.

ninjago replied at 6-12-2021 04:10 PM
hahahaha itulah. sharp gila macam kena asah
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028731 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.