|
Padang Lawas Utara: Seorang kanak-kanak lelaki didera oleh ibu bapa dan abangnya hanya kerana dia sering menghabiskan makanan.
Menurut polis, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kerap didera ibu bapanya di rumah mereka di Padang Lawas Utara, Sumatera Utara. Jurucakap polis, Roman Smaradhana Elhaj berkata, ibu bapa dan abang kanak-kanak itu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan. “Berdasarkan pengakuan ketiga-tiga suspek itu, mereka sering mendera mangsa kerana sikapnya yang suka menghabiskan makanan.
“Mangsa pernah dipukul menggunakan getah tayar terpakai sehingga badannya luka hanya kerana makan nasi dua kali,” katanya. Perkara yang menimpa kanak-kanak itu disedari oleh seorang penduduk kampung yang menemukan mangsa dalam keadaan penuh luka pada badannya. Selepas itu, penduduk kampung tersebut memuat naik video menunjukkan mangsa memberitahu dia sering dipukul keluarganya kerana sering menghabiskan makanan. Video itu tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis. Sementara itu, ketiga-tiga suspek boleh dipenjara tiga tahun jika disabit kesalahan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Suchi replied at 14-12-2021 04:58 PM
Anak kuat makan patut mak pak lega, budak kalau tak selera makan sehari je dah turun berat byk past ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.190722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.