CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi Restoran 24 Jam Dikekalkan - PM

28-6-2015 08:03 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 9194| Komen: 53

Oleh Adib Za

Desas desus mengenai undang-undang baharu untuk menutup operasi kedai makan atau restoran lebih awal kerana dianggap menjadi punca kepada gejala sosial nampaknya telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. 


Memberi maklum balas terhadap isu ini, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.

"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya memetik berita BERNAMA.


(Sumber foto: BH Online)


Berita ini ternyata memberi nafas lega bukan sahaja di kalangan masyarakat, malah para peniaga sendiri. 

Jika sebelum ini pelbagai reaksi diberikan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata akan membincangkan cadangan mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 malam sebagai langkah membendung gejalan sosial. - CARI Infonet
28

Bagus
20

Marah
28

Terkejut
32

Sedih
32

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 28-6-2015 02:51 AM
Spidey semakin menyukai kepimpinan Datuk Seri Najib yang sentiasa menyelamatkan rakyat pada saat-saat terakhir bagaikan hero.
Quote imransulaiman 28-6-2015 03:01 AM
Alhamdulillah.. Kalau lapar tengah malam boleh cari restoran 24 jam
Quote razhar 28-6-2015 03:09 AM
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu?
Quote ice_sky92 28-6-2015 03:16 AM
Well played Najib. Well played.
Quote razhar 28-6-2015 03:29 AM
ice_sky92 replied at 28-6-2015 03:16 AM
Well played Najib. Well played.

sapa kata dia x cerdik? dia tahu mentaliti malaysian la...suh sekor badut buat hal..then ..yeayyyy hero mai..
Quote dodolgemok 28-6-2015 04:55 AM
Sendiri cadang,sendiri bangkang,sendiri jadi hero.limkokwing,u can do it better la
Quote Al-Patih 28-6-2015 05:09 AM
terpakso kekal...sobab kodai lain pooong terlibat....
Quote nevberg 28-6-2015 05:41 AM
razhar replied at 28-6-2015 03:09 AM
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu?

nampak nampak...
Quote abangbeca 28-6-2015 05:56 AM
Sial jer tetiba timbulkan isu, pastu dan2 tu berlagak hero  setelkan... Dah banyak kali dah guna taktik bodoh ni..... Ni mesti idea taik kokwing...
Quote fire_place 28-6-2015 06:00 AM
Yay..jom pakat undi najib.
Penyelamat ummah.
Lps ni bakal keluar mcm2 berita hingga pru
Tentang najib jd hero.
Bkemungkinan terus btukar jd superman.
Quote GhostWalking 28-6-2015 06:07 AM
Hallelujahhh sangat dek
Quote ekod79 28-6-2015 06:08 AM
Untungla najib mempunyai menteri2 yg suka bg stetmen kurang cerdik, dia akan counter dan jd hero....tp it comes from your own cabinet, not the opposition...tak ke pelik tu?
Quote zhatul 28-6-2015 06:26 AM
Wahhhh baguih lak tok ajib ....x sangka no dh 2 kali solat kt mesjid jamek..2 kali tuuuuu.....
Quote Anak_Nogori 28-6-2015 06:27 AM
Kenapa bodoh sangat komen masing2 ni?..
Quote mak_wa95 28-6-2015 06:34 AM
nak ambik hati org melayu..upgrade masjid,nak ambik hati mamak ..teruskan buka 24jam..

yeyyyyyyyyyyyyy.....punahsihat lkw yg sgt berkesan
Quote ladyxez 28-6-2015 07:52 AM
Setelah  menghayati komen kt atas  AN je yg lain
Quote jengkoil 28-6-2015 07:55 AM
Ingat KIMMA tu anak ayam ke?
Quote mizzmimi 28-6-2015 08:14 AM
Ngehehe.. Teringat komik superman die.. DSAI jadik villainnya.. Bongok nak mam..
Quote Mary_jane 28-6-2015 08:17 AM
Yeah boleh sambung lepak doploh pat jam kat mamak. Thanks tok jib.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077727 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top