|
Aku belum mandi, tapi masih cantik juga... Itu antara bait lagu popular Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil yang menggambarkan dirinya sebenar juga malas mandi.
Namun Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, berkata, sikap buruk itu diubah selepas memasuki program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Kata penyanyi dari Indonesia itu, dia kini lebih kerap mandi kerana tidak mahu orang sekeliling berasa tidak selesa dengan dirinya. "Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.
"Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penatarias tanya kenapa rambut busuk?" katanya kepada mStar.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.923527 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.