|
Dua kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera parah selepas terpelanting ketika bermain dalam permainan belon istana.
Kejadian berlaku pada Khamis ketika hari sukaneka sebuah sekolah rendah di Devonport, Tasmania di Australia, lapor BBC. Polis memaklumkan, mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter selepas terpelanting apabila belon istana ditiup angin kuat. Pihak berkuasa tidak menyatakan usia dan jumlah kanak-kanak yang terlibat, tetapi mengesahkan sebilangan besar lagi cedera parah.
Komander Polis Tasmania Debbie Williams menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan. "Tiupan angin kuat menyebabkan belon istana terangkat ke udara," katanya kepada pemberita di luar Sekolah Rendah Hillcrest. Perdana Menteri Australia Scott Morrison dalam pada itu menyifatkan tragedi sebagai "menyayat hati". Sumber: AWANI
|

Decaffeinated replied at 16-12-2021 05:47 PM
mod kalau pun tak boleh reprimand wartawan cari ni tapi at least betul kan tajuk boleh kan? jadah ap ...
Decaffeinated replied at 16-12-2021 05:47 PM
mod kalau pun tak boleh reprimand wartawan cari ni tapi at least betul kan tajuk boleh kan? jadah ap ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.235961 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.