|
Tindakan seorang lelaki berfikir di luar kotak dengan menggunakan seekor ketam untuk mengangkat baju yang terjatuh di luar balkoni mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Berlatarbelakangkan muzik James Bond menjadikan video berdurasi 44 saat yang dimuat naik @reanalee05 di media sosial tersebut lebih menghiburkan. @reanalee05 turut berseloroh tidak menjadikan ketam tersebut sebagai lauk masak lemak cili api atas jasa dan baktinya menyelesaikan misi berkenaan.
Keselamatan ketam tersebut juga terjamin dan tidak mengalami sebarang kecederaan selain berjaya menyelesaikan misi mengangkat baju yang terjatuh tersebut dengan jayanya. Sumber: K! ONLINE
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.251828 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.