|
Tular sebuah video menunjukkan penjual kopi di Indonesia membancuh minuman itu menggunakan mesin gerudi.
Suara.com melaporkan, pemilik akaun TikTok bernama @kenandgratt yang juga seorang pelanggan, mencuba hidangan kopi luar biasa tersebut yang dibancuh menggunakan sebuah mesin gerudi. “Hebat-hebat ya penjual sekarang,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video itu. Difahamkan, mesin gerudi yang digunakan itu sebenarnya sudah diubah suai dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sebatang sudu.
Kopi tersebut kemudiannya diminum seorang wanita yang bergurau dengan mengatakan ia mempunyai aroma besi. Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.195729 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.