|
Sedar status dirinya yang baru setahun jagung dalam industri seni hiburan selaku anak wayang, Sophia AlBarakbah tidak ‘kemaruk’ untuk mengejar populariti.
Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab itu, bergelar seorang pelakon bukanlah suatu kerjaya yang dia impikan sejak kecil. Rezekinya bergelar selebriti semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa dirancang. Memulakan langkah awal apabila diajak seorang kenalan menghadiri sesi uji bakat sebuah filem, tuah ternyata mengubah hidupnya apabila bakatnya dihidu. Bermula dari saat itu, setiap kali dia pergi menjalani uji bakat, rezeki pasti akan memihak padanya.
Sebagai wajah baharu, Sophia menganggap situasi dimarahi pengarah di set penggambaran sebagai lumrah untuk mengajarnya menjadi pelakon yang lebih baik. “Jadi saya fikir, mungkin rezeki saya sebenarnya dalam bidang seni sebagai seorang pelakon. Saya sendiri sebenarnya tidak sangka menjadi pelakon, lebih-lebih lagi kerana saya seorang yang pemalu sebenarnya. “Alhamdulillah. Saya bermula dengan lakonan dalam filem sebelum kemudian diambil membintangi drama,” kata Sophia.
|

jargon replied at 21-12-2021 02:21 PM
Cantik dia ni..klau ditakdir i boleh pilih rupa retis,i nak bermukakan sheol…wlupun sheol ala bbnu ...


;slyfynx replied at 21-12-2021 12:01 PM
Anda ialah siapakah?
AbukRokok replied at 21-12-2021 01:32 PM
sabarlah sayang
tapi kalau hanafi mesti automatik marah
jargon replied at 21-12-2021 02:21 PM
Cantik dia ni..klau ditakdir i boleh pilih rupa retis,i nak bermukakan sheol…wlupun sheol ala bbnu ...
kaka restu... Semoga sheolss popular dan banyak job di muka TV untuk gantikan retis2 dan cikki kepam kat TV tu yang ziziq sangat rhoper masing2 sampai terpaksa kalih TV ke animal planet... Lagi berair nengok binatang kat channel animal planet tu 

chekacheku replied at 23-12-2021 08:27 AM
Girl crush ngn dia ni lepas tgk drama covid kt tv3 tu..berherokan ank riduan tee tu..apetah namanya. ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.099844 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.