|
New York: Seorang wanita menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok memberitahu dia berdepan dengan situasi janggal ketika menjalani pemeriksaan kandungannya.
Hal ini kerana, Maddy Cifelli tidak menyangka akan berkongsi bilik bersalin dengan bekas kekasih dan isterinya. “Saya mengalami komplikasi ketika usia kandungan memasuki 25 minggu dan saya dimasukkan ke sebuah bilik sambil menunggu doktor datang untuk membuat pemeriksaan. “Semasa menunggu, saya dimaklumkan jururawat bahawa saya perlu berkongsi bilik dengan seorang lagi pesakit dan ketika itu saya melihat bekas kekasih saya dan isterinya berjalan masuk ke dalam bilik kami,” katanya.
Jelas Cifelli, keadaan janggal itu ‘diselamatkan’ oleh langsir antara katil dan kedua-dua pasangan itu hanya mendiamkan diri. Video itu mendapat banyak reaksi daripada pengguna TikTok yang kebanyakannya menganggap situasi itu lucu dan pada masa sama ‘mengujakan’. ‘Jika saya di tempat anda, mungkin saya akan pengsan’, tulis seorang pengguna. Sementara itu, Cifelli memaklumkan, bekas kekasihnya itu merupakan pasangannya di sekolah tinggi. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045491 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.