|
Sepuluh hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya dijangkiti virus maut Covid-19 pada awal Disember lalu.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasarudin, berkata dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti kehilangan deria rasa. Namun selepas bebas daripada virus itu, Daiyan mengakui dia kini kerap berasa haus dan mengantuk. "Mula-mula saya tak alami gejala yang teruk. Saya kuarantin selama 10 hari tapi hari ketiga paling banyak simptom saya alami. "Tapi hari keempat dan seterusnya dah semakin baik. Alhamdulillah saya pun tak ada hilang deria rasa cuma ada la sakit tekak dan sakit kepala.
"Selepas saya dah bebas daripada Covid-19, kesannya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus. Orang kata memang dua minggu dalam proses nak sembuh," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049779 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.