|
Sharnaaz Ahmad,37, terhibur dengan telahan orang ramai yang benar-benar percaya bahawa dirinya mahu menamatkan zaman bujang hanya gara-gara dia bergambar lengkap berbaju Melayu baru-baru ini.
Meskipun mengaku dia sengaja memuat naik gambar tersebut, Sharnaaz bagaimanapun tidak menyangka dia kemudiannya benar-benar dihujani dengan ucapan tahniah di ruangan komen Instagramnya. “Saya belum lagi bernikah. Masih single dan available. Gambar itu sebenarnya ketika saya dalam perjalanan ke majlis pertunangan kawan baik saya tempoh hari. “Jangan salah faham. Yang mana komen di akaun Instagram dan tengah bersedih itu, boleh sambung balik mengurat saya. Saya ada banyak kasih sayang untuk dikongsikan,”katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.402815 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.