|
Lelaki maut selepas melompat pada lawang putar stesen kereta api bawah tanah. Kejadian berlaku di Queens, Amerika Syarikat itu menyebabkan mangsa berusia 28 tahun patah leher semasa terjatuh di lantai simen, lapor New York Post.
Lelaki itu dikatakan cuba untuk mengelak daripada membayar tambang tren di stesen kereta api Forest Hills-71st Avenue sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan). Polis mengesahkan mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Stesen tersebut menyediakan perkhidmatan untuk laluan tempatan E, F, M dan R. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.100385 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.