|
Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil anak kedua dengan usia lima bulan. Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yang sama untuk berkongsi khabar gembira itu kepada suami dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.
"Awak serius ke sayang? Atau ini adalah ujian kehamilan yang lama dulu?," kata Haziq menerusi hantaran video yang dimuat naik Eyra di Instagram. Menerusi rakaman video itu, Eyra berkata kit ujian kehamilan itu adalah yang baru. "Saya baru menggunakan ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu. Saya ada membuat satu lagi ujian kehamilan di bawah," katanya.
|
CARI-MRO replied at 4-1-2022 12:08 PM
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yan ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.645819 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.