|
Keadaan kesihatan pelakon dan pelawak Ebby Yus semakin baik apabila dia dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu.
Bagaimanapun menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi penyakit buah pingangg dan jantung. "Alhamdulillah... tak ada apa pun yang perlu dibimbangkan, sudah tiga hari saya keluar daripada hospital. "Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk penyakit lain pula selepas ini.
"Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengkak dan bacaan kreatinin buah pinggang pun naik sedikit," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan musnah dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu.
|
adelea: Semoga makin sihat la bro nihh ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044098 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.