|
Seorang wartawan akhbar Cina ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di hadapan pusat beli-belah di Alor Setar pagi tadi.
Ng Eng Boon, 44, dilaporkan ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengsahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 4.07 pagi ini. “Semasa mangsa ditemui, enjin kereta masih hidup dan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sumber: K! ONLINE
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032016 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.