Oleh Adib Za Bagi sesetengah individu atau keluarga, mereka menjadikan bulan Ramadan ini sebagai lubuk rezeki bagi mereka. Maklumlah, bulan berkat ini, rezeki dilihat semakin melimpah ruah.
Namun, berbeza dengan cara melibatkan diri dalam perniagaan, bazar atau sebagainya, keluarga yang satu ini 'mengumpul' rezeki dengan cara meminta sedekah. Sanggup 'bermusafir' dari Baling ke Pulau Pinang selama sebulan ini, mereka menggunakan sepenuhnya manfaat bulan Ramadan di mana ketika ini ramai di kalangan masyarakat yang ringan tulang untuk menghulurkan sedekah. Memetik laporan Sinar Harian edisi utara, keluarga ini yang ditemui kelihatan zahirnya sempurna dan sihat tubuh badan. Namun, mereka mengakui sumber pendapatan hasil berniaga kurang memberangsangkan sepanjang Ramadan.
“Kami hanya ingin mendapatkan zakat saja. Lagipun memang kami layak, kalau tunggu saja di rumah mungkin kami akan makan nasi putih saja masa hari raya nanti. “Lagipun tiada siapa yang marah, kami minta cara baik. Mana yang bagi kami ambil, kami tak paksa mereka bagi,” ujar Hasnah, ahli keluarga tersebut menerusi Sinar Harian. Kesanggupan keluarga ini meraih simpati orang ramai demi kelangsungan hidup sebenarnya menimbulkan perasaan bercampur baur pada mereka yang mendengarnya. Mereka berasa kasihan dan simpati, dalam masa yang sama sukar menerima insan yang cukup sifat dan sihat tubuh badan hanya meminta sedekah untuk meneruskan hidup. Adakah tiada lagi cara lain untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar ini? Ternyata pendedahan ini membuka mata kita bagaimana sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup. Apa pun, diharapkan agar keluarga ini mampu menjana lebih pendapatan daripada perniagaan mereka selepas ini agar tidak perlu lagi menagih simpati sebegini. Sama-sama kita doakan. -CARI Infonet |
15
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
23
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nurun04 replied at 1-7-2015 08:35 AM
Hasil BR1m ni..sume nk kena suap je..warga asing merantau jauh cari keje kat mlysia..memalukan je ma ...
harimau76 replied at 1-7-2015 08:28 AM
KALAU DAH BOLEH KUAR anak kecik tu, maknanya sihat la tubuh badan.. awat tak dok rumah amik upah men ...
Namun, mereka mengakui sumber pendapatan hasil daripada berniaga tidak mencukupi sepanjang Ramadan.
harimau76 replied at 1-7-2015 08:28 AM
KALAU DAH BOLEH KUAR anak kecik tu, maknanya sihat la tubuh badan.. awat tak dok rumah amik upah men ...
leylapple replied at 1-7-2015 09:11 AM
maybe masak tak sedap. org tak berapa nak beli...last2 minta sedekah je noks...
orang kata, ...
ADVERTISEMENT