|
Tujuh tahun mencuba nasib, penyanyi, Aman atau Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, berkata, sambutan terhadap lagu Sulit ciptaan Asfan Shah yang dilancarkan tiga tahun lalu menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan perjuangan dalam industri muzik tanah air.
"Pernah rasa give up sebelum keluarnya lagu Sulit, rasa macam sudah tiba masanya saya kembali ke dunia yang nyata. Saya nak bekerja untuk hari tua yang lebih secure. "Tetapi disebabkan lagu itu mendapat sambutan dan sokongan daripada peminat, saya teruskan juga kerjaya sebagai seorang penyanyi. "Setiap tahun saya ada set target apa yang saya mahukan, tetapi tak besar mana pun... macam cita-cita budak tadika. Cuma saya berharap orang boleh nampak yang saya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Aman kini muncul dengan sebuah lagu baharu yang berjudul Tunggu Lama hasil ciptaannya bersama Amsyar Razqa, Saballa dan Acu Panakorn.
|



..semoga berjaya ye amann
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:02 PM GMT+8 , Processed in 1.043667 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.