|
Tular video memaparkan tindakan dua lelaki sedang membantu penunggang motosikal wanita yang terjatuh, namun gagal mengawalnya sehingga jatuh kembali, lapor Suara.com.
Video yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @mirathieroff. Pada awalnya, seorang gadis yang membawa motosikal dilihat terjatuh apabila ingin membuat pusingan U. Dua lelaki yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantunya. Bagaimanapun, setelah mendirikannya, seorang daripada mereka yang memegang bahagian hadapan motosikal gagal mengawalnya.
Motosikal itu bergerak tanpa kawalan lalu ‘terbang’ dan kembali jatuh di jalan raya. Netizen menerusi komen dilihat keliru sama ada ingin ketawa atau kesian dengan kejadian yang berlaku. “Saya tidak ketawa pada mulanya, namun tergelak selepas motosikal itu terbang,’’ tulis seorang netizen. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.152756 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.