|
Katanya, bermula dengan perkongsian di TikTok dan kini menjadi trend, video-video 'unboxing by husband' oleh pengantin baru mengundang kecaman netizen yang hairan dan tertanya-tanya di mana sifat malu pengantin-pengantin baru tersebut.
Menyampah dengan video berkenaan yang rata-ratanya memaparkan aksi si suami membuka tudung isteri masing-masing, seorang pengguna TikTok, @cikgudell tampil membuat teguran terbuka. "Korang, dekat TikTok ni memang banyak perempuan tak tahu malu eh? Sori cakap eh, sebab apa tau? baaaanyak cikgu dah tengok perempuan macam dah kurang rasa malu, unboxing by husband, unboxing by husband. Kena rakam ke? dia bukak apa pun kitorang tak peduli pun. Sori la, cikgu dah tengok banyak kali dah, menyampah tau," katanya.
Bakal pengantin yang mungkin terfikir ingin membuat video sama mungkin boleh mendengar pesanan dan luahan Cikgu Dell ini untuk mengelakkkan sumpah seranah dan makian netizen. Foto : TikTok Bak kata Cikgu Dell, kurang rasa malu ini bahaya dan bakal mengundang kecaman. - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.346209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.