Walaupun gagal meraih sebarang gelaran pada musim ini, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David masih mengungguli kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia yang disandang sejak Ogos 2006. Berdasarkan ranking terkini Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) yang dikeluarkan hari ini, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu, mengumpul 3,590 mata untuk melebarkan rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan. Pencabar terdekatnya, Raneem El-Weleily dari Mesir mengekalkan kedudukan di ranking kedua dengan 2,998 mata. Manakala rakan seperjuangan Nicol, Low Wee Wern terus kekal di kedudukan kelapan mengutip 1,073 mata. Naib juara dunia dua kali, Mohamed El-Shorbagy dari Mesir masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain lelaki nombor satu dunia dengan 1,566.5 mata walaupun gagal merangkul sebarang kejuaraan setakat ini.
sumber : BERNAMA |
12
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT