|
Dua pengawal di sebuah kelab malam di Manchester menyerang seorang pelanggan wanita, baru-baru ini. Dalam kejadian berkenaan, mangsa bukan sahaja dihalang untuk masuk berhibur, malah turut dirampas telefon miliknya.
Claire Sidebottom, 33, dari Mossley turut dihina dan diketawakan dua pengawal tersebut. Malah, dia tidak dibenarkan masuk atas alasan tidak masuk akal kerana dianggap terlalu hodoh. "Penjaga pintu itu sepatutnya melindungi pelanggan, bukannya membuli, mencederakan dan merompak.
"Saya rasa seperti dibuli dan dijadikan sebagai target mereka. Saya terluka kerana mereka ketawakan saya. "Lelaki ini ambil telefon saya. Di dalamnya, ada gambar sentimental bayi saya. Memori itu kini sudah hilang," ujar mangsa. Salah seorang lelaki berkenaan, Christopher Cash, 33, akhirnya diarahkan melakukan kerja komuniti selama 18 bulan dan 120 jam kerja tanpa bayaran selepas mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Malah, dia juga telah kehilangan kerjanya. Seorang lagi suspek bagaimanapun meninggal dunia sebelum dibicarakan. -CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
KIM.K replied at 12-1-2022 10:33 AM
Ni berita apa benda bodo daily star ni..Sidebottom, Cash
Seriously nama menunjukkan pendidikan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.132066 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.