|
Terkenal dengan bakat lakonan yang mantap, aktres Nabila Huda sekali lagi mencabar diri dengan membawa karakter seorang wanita kelainan upaya yang bisu.
Membawa watak sebagai Maimon dalam filem seram Telaga Suriram arahan pengarah Osman Ali, Nabila, 37, berkata dia sudah lama menantikan watak seperti itu. "Buat pertama kali saya bawa watak bisu tapi bukan bisu sejak lahir. Watak Maimon ini sebenarnya dia mengalami trauma sejak kecil. "Tak boleh nak kongsi lebih tapi hanya satu peratus saja dialog saya. Selalu dapat watak yang banyak cakap, tapi kali ini abang Osman berjaya membisukan saya.
"Sejujurnya saya memang menantikan watak sebegini dan skrip. Alhamdulillah, bila dapat sinopsis, saya terus setuju nak lakukan," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.590351 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.