Ketua Biro Wall Street Journal, WSJ di Hong Kong berkata laporan yang mendakwa Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai jutaan dollar Amerika disalurkan ke dalam bank akaun Peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berdasarkan daripada penyiasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan berniat politik. Ken Brown beritahu saluran CNBC bahawa WSJ sangat berhati-hati dengan laporan itu kerana ia melibatkan seorang pemimpin negara. Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen kita adalah kukuh dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan berniat siasatan politik. "Bila-bila masa anda berkata seorang pemimpin negara telah... atau sekurang-kurangnya bukti menunjukkan wang telah dikemukakan kepada akaun peribadi dan berhubung kait dengan urusan kerajaan, ia penuh dramatik."
Tambah Brown, dokumen yang dimilki mereka telah dikongsi dengan Peguam Negara Malaysia dan juga telah pun dilihat oleh Pedana Menteri Malaysia. Apabila ditanya sama ada beliau tahu dari mana sumber wang berkenaan, Brown menjawab " Tahu apa yang mereka tahu", sambil menambah satu bahagian adalah daripada satu unit Kementerian Kewangan. "Manakala satu lagi bahagian datang melalui sebuah bank swasta berkaitan dengan Abu Dhabi yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dan menanggung beberapa bon 1MDB," ujarnya lagi. Bagaimana pun, Brown mengakui tidak tahu ke mana wang itu pergi dalam temu bual itu. Aliran Yang kita tahu berakhir di akaun bank dengan nama Perdana Menteri, jelas Brown.- CARI Infonet |
10
Bagus |
12
Marah |
24
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT