CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicubit pengasuh dakwa penat berpuasa

19-6-2013 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9890| Komen: 91

Shah Alam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera dipercayai selepas ditampar dan dicubit pengasuh taskanya hanya dengan alasan wanita terbabit gagal menahan sifat panas baran selain letih berpuasa sunat dalam kejadian 13 Jun lalu.
  Pengasuh wanita terbabit yang berusia 30-an dikatakan melepaskan kemarahannya kepada Muhammad Al-Fatih Fakhri Muhd Fadhli dengan mencubit dan menamparnya selepas gagal memujuk kanak-kanak itu daripada terus menangis.
  Ibu mangsa, Raudhatul Jannah Jalidar, 27, berkata, sebelum ‘tembelang’ pengasih itu pecah, dia menyedari perubahan sikap anak lelakinya itu yang kerap menangis sewaktu dihantar ke pusat asuhan itu tetapi menganggap ia normal bagi seorang kanak-kanak.

  Namun, pada 13 Jun lalu, dia terkejut apabila melihat kesan garisan merah di atas bibir anaknya itu dan setibanya di rumah, dia diberitahu suaminya bahawa bibir Fatih sudah bertukar menjadi kebiruan selain menemui beberapa kesan lebam di bahagian badannya.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya dan suami bergegas menghantarnya ke hospital swasta berhampiran dan selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, doktor mengesahkan lebam pada tubuh anak saya disebabkan perbuatan manusia.
“Keesokan harinya, saya dan suami segera membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Seterusnya kami bertemu dengan pengasuh terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kecederaan yang dialami Fatih.
“Wanita itu pada mulanya menyatakan kecederaan itu berpunca akibat Fatih jatuh dari tilam. Saya yang curiga dengan alasan diberikan terus mendesak agar dia menceritakan perkara yang sebenar,” katanya sewaktu ditemui Harian Metro, semalam.
  Menurutnya, selepas didesak beberapa kali, akhirnya pengasuh itu mengakui mencubit dan menampar anaknya itu dengan alasan Fatih gagal dipujuk selain dia hilang sabar berikutan berpuasa sunat pada hari kejadian.
  Beliau berkata, sebagai seorang pengasuh kanak-kanak, alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima akal kerana berpuasa sebenarnya menuntut kita untuk menjadi lebih penyabar bukan sebaliknya.
“Pusat asuhan berkenaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ini menambah keyakinan saya untuk menghantar anak ke sana. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila pengasuh yang bekerja di situ sewenang-wenangnya melepaskan kemarahan kepada kanak-kanak di situ.
“Saya bersyukur kerana menyedari kejadian yang menimpa Fatih lebih awal dan tidak boleh dibayangkan sekiranya saya hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa minggu. Mungkin itu akan membawa perkhabaran yang buruk kepada saya dan suami,” katanya.
  Jannah berkata, sebelum membuat laporan polis, pemilik pusat asuhan itu ada beberapa kali menghubunginya dan merayu agar perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
  Katanya, bukan kerana dia mahu menabur pasir dalam periuk nasi pemilik pusat asuhan berkenaan, tetapi ia perlu dijadikan pengajaran agar tidak berlaku kepada kanak-kanak lain dan apa yang lebih membimbangkan ia akan membabitkan kehilangan nyawa.     Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.


10

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 19-6-2013 04:24 PM
Baby besar tu makan penampar.

Takde akai punya pengasuh.
Quote Maideen. 19-6-2013 04:33 PM
Puasa memang meletihkan..... Selain itu orang berpuasa juga kuat meludah ... hark ptui kesana hark ptui kemari.
Quote azeotrop2012 19-6-2013 04:37 PM
alasan puasa bleh dera anak kecik?baru setahun kot???
Quote snipersnake 19-6-2013 04:39 PM
kalau anak aku, mmg dah aku sajikan dgn penumbuk la pompuan tuh.

setahun tuh, apa la budak tuh tau.
Quote sapp73 19-6-2013 04:42 PM
puasa dia tu hanya dapat lapar dan dahaga...kat taska tu takde pengasuh lain ke...kalau puasa dan tak larat...serah aje pada orang lain handle...penat puasa bukan alasan tuk mencubit anak orang
Quote munchkin 19-6-2013 04:42 PM
eiiii...tolonglah. boleh merayu. kasi jail je pengasuh tu.
Quote zasssssss 19-6-2013 04:43 PM
kalau kena kat anak aku memang makan penumbuk pengasuh tu.......biar dia pulak lebam....
Quote tunas.manja 19-6-2013 04:46 PM
apa punya pengasuh la.. kalau tak boleh bersabar dengan kerenah kanak2, tak payah jadi pengasuh
Quote cecari 19-6-2013 04:48 PM
Maideen. posted on 19-6-2013 04:33 PM
Puasa memang meletihkan..... Selain itu orang berpuasa juga kuat meludah ... hark ptui kesana  ...

dan sepatutnya ludah semua orang berpuasa dikenakan ke atas muka lobai maideen . hark tuih
Quote iza_yuss 19-6-2013 04:50 PM
puasa la sgt.... tp xleh sabar.....huhu
Quote Maideen. 19-6-2013 04:50 PM
cecari posted on 19-6-2013 04:48 PM
dan sepatutnya ludah semua orang berpuasa dikenakan ke atas muka lobai maideen . hark tuih

Sebab Maideen gelakan lobai lulusan jurusan ulamak dari Mesir kantoi bukak thread fitnah tol dah naik ka? Prrrrrrrrrrrpffffftght
Quote mak_wa95 19-6-2013 04:51 PM
snipersnake posted on 19-6-2013 04:39 PM
kalau anak aku, mmg dah aku sajikan dgn penumbuk la pompuan tuh.

setahun tuh, apa la budak tuh ta ...

sokong...kalau dah tak boleh tahan panas baran kenapa p cari keje sebagai pengasuh bayi ...p la keje sebagai pengasuh harimau ke babi hutan ke...baru berbaloi-baloi
nak lawan dengan baby 1 tahun..otak ada dekat lutut... bagus repot polis biar polis pula lempang dia...fair n square..yang pihak pengurusan tu pun tak elert...tutup la pusat asuhan ni...tubuh pusat asuhan nak bela anak orang,tapi dok dera anak orang..    ....angin sehhh..   
Quote psychobubble 19-6-2013 04:51 PM
menyalahkan amalan mulia
diri sendiri yg salah
kalo xleh jaga baby ms pose
ganti time cuti sabtu ahad xleh ke
Quote cecari 19-6-2013 04:53 PM
Maideen. posted on 19-6-2013 04:50 PM
Sebab Maideen gelakan lobai lulusan jurusan ulamak dari Mesir kantoi bukak thread fitnah tol dah n ...

hakkk tuihhh ... itulah reply paling layak untuk lobai maideen kantoi
Quote inteq7 19-6-2013 04:55 PM
haih... taska berdaftar pun ada kes...
Quote courtney_xo 19-6-2013 04:56 PM
Defaq  sangat puasa sunat kononnya melakukan ajaran sunat dalam islam tapi tak boleh kawal diri dgn budak umo setahun!

Ada gambar si pengasuh taska ni? Beso sgt ke lengan menghayun ketuk anak org??!

Quote Maideen. 19-6-2013 04:59 PM
cecari posted on 19-6-2013 04:53 PM
hakkk tuihhh ... itulah reply paling layak untuk lobai maideen kantoi

Setahu Maideen yangt kantoi bukak thread fitnah ialah seorang lobai lulusan jurusan ulamak dari Mesir yang ingat orang banyak kagum dengan dia punya Mesir tuh.......

Ni hah threadnya:

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=729670&page=10#pid52943980

Wallahualam.
Quote fire_place 19-6-2013 05:04 PM
Pengasuh skrg ni baik berdaftar ke tak bedaftar ke,tua ke muda ke..kdg2 tak boleh pakai.keje nak dapat duit je.

Aku senang je nak tau pengasuh bagus ke x.walau anak kecik,anta kat org tu,dia sdiri suka,tak menangis..rapat ngn pengasuh.tahu lah layanan tu mcmne.kalo pengasuh muka dpn mak bapak manis,buat baik dgn anak,tp anak nangis..ada je tak kena.aku prnh tlg org jd pgasuh kat taska dlu jd tahu lah.

Ni baru pose sunat nak baran2.. kalo bulan ramadhan ari2 pose..gaknya makan plempang je budak tu hari2.kesalahan diri sdiri..nak salahkan pose
Quote cecari 19-6-2013 05:09 PM
Maideen. posted on 19-6-2013 04:59 PM
Setahu Maideen yangt kantoi bukak thread fitnah ialah seorang lobai lulusan jurusan ulamak dari Me ...

harkh tuihh... tu je layakk untuk lobai maideen

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057770 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top