|
NFT ataupun nama penuhnya Non Fungible Token adalah satu digital aset yang anda boleh jual secara dalam talian, termasuk menjual lukisan anda, video digital buatan anda sendiri.
Di Indonesia, seorang remaja dari Indonesia yang memuat naik swafotonya di platform Opensea.io sebagai NFT.
Pemilik swafoto NFT tersebut dikenali sebagai Ghozali Everyday, telah memuat naik sebanyak 933 gambar swafotonya dan berjaya menjual 35 gambarnya dalam masa satu hari. Ghozali memberitahu ciapan di Twitter, dia terkejut kerana dia tidak menyangka orang membeli gambar 35 NFT dengan harga 0.001ETH (RM13.51) setiap satu mengikut kadar pertukaran semasa. Melihat di ruangan komen, ramai warga netizen dan pengguna NFT memberi respon positif dan memuji sikap tekunnya. Ghozali memuat naik NFT miliknya setiap hari meskipun pada mulanya tiada orang mahu beli gambarnya dan sekarang ini dia boleh menjana pendapatan melalui NFT miliknya. Ada sesiapa sini mahu menjual swafoto sebagai NFT? -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 12:21 AM GMT+8 , Processed in 1.208892 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.